Saturday 22 October 2011

bisikan nurani

bila hati payah mengingati Allah
bila hati tak beryukur dengan kesenangan
bila hati tak sabar dengan ujian
bila kurang terkesan oleh peringatan
bila hati asyik mengikut nafsu
bila hati sukakan keseronokan
bila hati malas melakukan ibadat
bila hati mula memberontak mahukan kebebasan
bila hati lagi tak mengenal mana yang baik dan buruk
bila hati dah tiada sinar cahaya
bila hati dalam kegelapan

paksa lah hati mengingati Allah
paksalah hati mengingati mati
paksalah hati untuk bersikap mahmudah
paksalah hati untuk bersabar
paksalah hati mencintai kebaikkan
paksalah hati membenci kekufuran
paksalah hati untuk bersikap wara'
iaitu meninggalkan haram dan perkara syubhah
carilah bimbingan solihin
nescaya hati akan kembali bercahaya,insya'Allah
sabda nabi muhammad S.A.W :
didalam badan anggota manusia ada seketul daging
dimana daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya,
dimana rosak daging itu maka jahatlah seluruh jasadnya
ketahuilah daging itu adalah HATI

1 comment: